Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Apakah hukum untuk seorang wanita yang sihat tetapi tidak melakukan tawaf umrah?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Tawaf adalah salah satu dari rukun-rukun Umrah. Jika seseorang meninggalkan tawaf, maka pelaksanaan ibadah Umrah itu tidak sah dan terbatal. Baginya untuk keluar dari status ihramnya, dia harus menyelesaikan semua perbuatan yang wajib dilakukan dalam Umrah, termasuklah melakukan tawaf umrah. Firman Allah SWT:

وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Maksudnya: “Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.”

(Surah al-Haj: 29)

Dairah al-Ifta al-Urduniyyah menyatakan bahawa: Rukun-rukun Umrah termasuklah Ihram, tawaf, sa‘i, dan tahallul. Barangsiapa yang meninggalkan salah satu dari rukun-rukun tersebut, dia  tidak akan melepaskan status Ihramnya sehingga dia melengkapkan kembali rukun yang ditinggalkan tersebut.[1]

Kami akhiri dengan doa:

اللّٰهُمَّ اجْعَلْ حَجَّنَا حَجًّا مَبْرُوْرًا، وَعُمْرَتَنَا عُمْرَةً مَبْرُوْرًةً، وَسَعْيَنَا سَعْيًا مَشْكُوْرًا، وَذَنْبَنَا ذَنْبًا مَغْفُوْرًا، وَعَمَلَنَا عَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا، وَتِجَارَتَنَا تِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ.

Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, umrah kami, umrah yang mabrurah, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.”

 

Nota Hujung:

[1] Lihat https://www.aliftaa.jo/Question.aspx?QuestionId=3123 Diakses pada 21 Mac 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *